Перейти к содержимому

Bukit Doji Telupid!

Reno

0:00 / 0:00

Bukit Doji Telupid!

112 просмотров · 6 дн. назад
Reno
105 подписчиков
112 просмотров · 6 дн. назад
BUKIT DOJI TELUPID Kali ini kita hiking di Bukit Doji, Telupid, Sabah. Salah satu bukit yang terletak berhampiran kawasan pekan Telupid. Bukit Doji mungkin bukan pendakian yang panjang, tapi jangan tertipu dengan ketinggiannya. Laluan dia boleh tahan curam juga, terutama di beberapa bahagian. Ada cerita-cerita daripada orang, bukit ini dinamakan bukit doji oleh kerana ada seorang manusia gergasi yang tinggal disana yang bernama Doji. Ada juga mengatakan, jika kita mendaki di waktu subuh sebelum matahari mulai naik, jika bertuah, kita akan dapat melihat kelibt rumah diatas iaitu tempat tinggal manusia gergasi si Doji. Tetapi semua ini adalah cerita sahaja ya (kalau salah betulkan, terima kasih) Perjalanan ke atas tidak mengambil masa terlalu lama. Walaupun pendek, tetap boleh buat berpeluh juga sebab laluan yang agak curam. 📍 Lokasi: Bukit Doji, Telupid, Sabah 🌿 Daerah: Telupid, Sabah 📏 Jarak: 1.38Km Jadi kalau kamurang orang Telupid atau kebetulan berada di kawasan sekitar, mungkin boleh masukkan Bukit Doji dalam list tempat hiking kamurang! Terima kasih sudah menonton! Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE dan ikut perjalanan saya menjelajah lebih banyak tempat menarik di Sabah. “Go while we can.” HIBAR, signout. ✌️