Перейти к содержимому

Perbahasan Penuh YB Datuk Wetrom Bahanda 13 Oktober 2026 | Sidang Dewan Rakyat

Media Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu

0:00 / 0:00

Perbahasan Penuh YB Datuk Wetrom Bahanda 13 Oktober 2026 | Sidang Dewan Rakyat

1 674 просмотра · 1 дн. назад
Media Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu
679 подписчиков
1 674 просмотра · 1 дн. назад
Selasa, 13 Oktober 2026 (Minggu Kedua) Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Dalam Perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, YB Datuk Wetrom Bahanda membangkitkan beberapa isu penting yang memerlukan perhatian serius kerajaan khususnya berkaitan pembangunan dan kebajikan rakyat di Kota Marudu. Antara perkara utama yang dibangkitkan: 🔹 Pendidikan: Mendesak tindakan segera menaik taraf sekolah daif dan uzur termasuk SK Panudahan dan SK Langkon yang terbakar baru-baru ini. 🔹 SMK Langkon: Meminta kerajaan menyelesaikan projek pembinaan sekolah yang tertangguh sejak tahun 2010 dan mengambil tindakan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkannya. 🔹 Kesihatan: Menekankan kekurangan doktor di Sabah, beban kerja petugas kesihatan dan keperluan menambah baik insentif serta kemudahan bagi menarik lebih ramai doktor berkhidmat di kawasan luar bandar. 🔹 Infrastruktur luar bandar: Mendesak naik taraf jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan kemudahan telekomunikasi untuk kampung-kampung pedalaman yang masih ketinggalan. 🔹 Kemudahan kesihatan: Memohon agar Hospital Kota Marudu dinaik taraf, kemudahan perubatan ditambah dan pembinaan klinik kesihatan di Sonsogon Magandai serta Tagibang dipercepatkan. 🔹 Ekonomi dan kos sara hidup: Menyuarakan kebimbangan mengenai kesan kenaikan gaji minimum terhadap perusahaan kecil dan sederhana serta keperluan langkah sokongan bagi melindungi pekerjaan rakyat. 🔹 Kebajikan warga emas: Mendesak agar proses pemilihan penerima bantuan dilaksanakan secara telus dan adil supaya bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak. 🔹 Keterjaminan makanan: Meminta kerajaan merancakkan pembangunan jalan pertanian, sistem pengairan dan kemudahan pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara. 🔹 Peruntukan pembangunan Sabah: Mencadangkan agar baki peruntukan yang tidak sempat dibelanjakan dapat dibawa ke tahun berikutnya bagi memastikan projek pembangunan dapat diteruskan. Menutup perbahasan, beliau menggesa Belanjawan 2027 yang besar mesti diterjemahkan kepada tindakan nyata. Rakyat Sabah dan Sarawak khususnya masyarakat di daerah Kota Marudu bukan sekadar mahu mendengar angka peruntukan tetapi mahu melihat dan merasai sendiri perubahan dalam kehidupan seharian. #datukwetrombahanda #parlimenkotamarudu #kotamaruduberubah #suarakotamarudu 𝗟𝗮𝘆𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗼𝗿𝘁𝗮𝗹 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗣.𝟭𝟲𝟴 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗿𝘂𝗱𝘂 👉 http://www.parlimen168.com