Перейти к содержимому

Kalau BN Yakin Menang Solo, Kenapa Masih Pilih PAS? Tok Jalal Jawab | Explain Sikit EP33

KiniTV

0:00 / 0:00

Kalau BN Yakin Menang Solo, Kenapa Masih Pilih PAS? Tok Jalal Jawab | Explain Sikit EP33

34 715 просмотров · 1 месяц назад
KiniTV
2,45 млн подписчиков
34 715 просмотров · 1 месяц назад
PRN Negeri Sembilan kali ini menjadi tumpuan apabila UMNO dilihat terbuka untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional, termasuk PAS, dalam usaha merampas semula pentadbiran negeri. Dalam episod Podcast Explain Sikit Kini, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengulas secara terus terang mengenai asas kerjasama tersebut, peluang sebenar BN-PN menewaskan Pakatan Harapan, serta persoalan besar siapa bakal menjadi Menteri Besar sekiranya gabungan ini berjaya membentuk kerajaan. Perbincangan turut menyentuh isu kerusi panas seperti Linggi, peranan pengundi muda yang semakin sukar diramal, serta konflik dalaman dan cabaran dalam komponen BN sendiri. Adakah kerjasama ini strategi jangka panjang atau sekadar percaturan pilihan raya? Dan sejauh mana UMNO bersedia mengambil risiko demi kuasa? Saksikan kupasan penuh bersama Wartawan Mastura Malak dan Hariz Mohd yang mendedahkan realiti politik menjelang PRN Negeri Sembilan. ►Timestamps 4:08 - Bagaimana UMNO boleh bekerjasama dengan PAS selepas persaingan sengit sebelum ini. 9:43 - Adakah kerjasama BN & PAS hanya sekadar strategi PRN Negeri Sembilan 13:14- Adakah UMNO Negeri Sembilan bersedia bekerjasama semula dengan PH 17:52 -Adakah pintu kerjasama dengan PAS masih terbuka pada masa hadapan sekiranya ia memberi manfaat kepada orang Melayu 24:54 - Bersatu dan Wawasan turut cuba memperluaskan pengaruh mereka 28:17 - BN Negeri Sembilan yakin menang di PRN Negeri Sembilan? 30:17- Komen Tok Jalal Anthony mengenai kenyataan Loke b 33:17 - DAP jangan pandang rendah kepada MCA 38:53 - Jika BN kalah, adakah Tok Jalal akan bertanggungjawab? 40:22 - Isu adat di Negeri Sembilan tidak wajar berlaku! 47:42 - Jika BN menang, akan angkat sumpah dengan siapa? 50:21- Visi Barisan Nasional di Negeri Sembilan #PRNnegerisembilan #TokJalal #jalaluddinAlias #PRNN9 #masturaMalak #UMNO #BN #UMNOBangkit #PakatanHarapan #wawasan #PerikatanNasional #PAS #negerisembilan #isuadat #adatnegerisembilan #PRN ---------------------------------------------------------------------------------- 🎙️ Explain Sikit, Kini! ialah podcast berbahasa Melayu yang dibawakan oleh wartawan dan editor KiniTV dan Malaysiakini bersama tetamu jemputan, membincangkan isu-isu panas di sebalik tajuk-tajuk berita utama. Pengacara : Mastura Malak, Hariz Mohd Penerbit: Mastura Malak Penerbit Kanan: Azreen Madzlan Penyunting Visual: Cheo Yee Jing Jurukamera : Firdaus Hanafiah, Cheo Yee Jing Terbitan: KiniTV ----- Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/d... Anda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di: Spotify: https://mk.my/A1IGfbX Apple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY