Mansuh AUKU, Ekonomi Tumbuh Pesat 6% Tapi Tetap Hilang Undi | YBM EP #60
Rafizi Ramli
0:00 / 0:00
Mansuh AUKU, Ekonomi Tumbuh Pesat 6% Tapi Tetap Hilang Undi | YBM EP #60
152 402 просмотра · 4 дня назад
Rafizi Ramli
121 тыс. подписчиков
152 402 просмотра · 4 дня назад
Bila sesuatu tidak dibuat, alasannya selalu sama. Kerajaan gabungan. Kena jaga rakan kongsi. Belum sampai masanya.
Minggu lepas AUKU diumumkan akan dimansuhkan. Bukan di Parlimen — di kongres parti.
Dan dalam satu malam, semua alasan itu lenyap.
Jadi soalannya bukan sama ada pemansuhan itu betul. Ia memang betul. Soalannya kenapa ia hanya boleh berlaku sekarang, sedangkan tidak ada apa-apa yang berubah kecuali keadaan politik.
AUKU sendiri pun bukan masalah yang paling besar. Selama ini kita bercakap pasal siswa. Pasal demonstrasi. Pasal Adam Adli.
Tetapi orang yang paling terikat dalam universiti bukan siswa — pensyarah. Undang-undang yang mengikat mereka bukan AUKU, dan undang-undang itu tidak dimansuhkan.
Minggu ini juga keluar angka pertumbuhan ekonomi suku kedua. Enam peratus. Lebih tinggi daripada jangkaan mana-mana ahli ekonomi.
Angka itu betul. Bahagian pampasan pekerja daripada KDNK juga berada pada paras tertinggi dalam sejarah negara. Itu pun betul.
Kalau kedua-duanya betul, kenapa orang tidak merasa apa-apa?
Malam ini kita bedah kedua-dua benda ini sampai habis. Bersama Sum Dek Jo — bekas pensyarah ekonomi di Australian National University, bekas penasihat Perbendaharaan Papua New Guinea, bekas ahli ekonomi AMRO di Singapura. Yang letak jawatan dan pulang, tanpa gaji.
Sebab dia kata, di Malaysia sekarang, hampir tiada sesiapa yang bercakap tentang dasar.
00:00 Intro
8:56 Kau Dapat LOD, Kau Pun Dapat LOD Semua Dapat LOD
21:20 Selepas RCI Tabung Haji Agenda Reformasi Gaji Pun Kena Peram
27:16 Setinggi - Tinggi Tahniah Kepada Diri Saya Sendiri
30:51 Tahniah! Berkat Agihan Kotak Makanan
41:06 Tutup Kes 2024, Baru Umum 2026?
43:17 BERSAMA Umum Calon PRN Melaka
52:59 Mansuh AUKU Kebebasan Akademik dan Mutu Pendidikan Tinggi Negara
02:13:16 Ekonomi Tumbuh Pesat 6% Tapi Tetap Hilang Undi?
#PodcastYangBerhentiMenteri #PodcastYBM #RafiziRamli #PolitikMalaysia #BERSAMA #AyuhMalaysia