Nazrul Nasir - T-REX Sebenarnya AYAM?! Dinosaur Tak Wujud? Quran Hanya Sebut Burung Gagak?
Syihabudin Ahmad
0:00 / 0:00
Nazrul Nasir - T-REX Sebenarnya AYAM?! Dinosaur Tak Wujud? Quran Hanya Sebut Burung Gagak?
50 850 просмотров · 1 мес. назад
Syihabudin Ahmad
313 тыс. подписчиков
50 850 просмотров · 1 мес. назад
Benarkah kewujudan dinosaur sekadar teori? Adakah dinosaur sebenarnya gabungan tulang haiwan-haiwan besar? Dan kalau dinosaur pernah wujud, kenapa dalam kisah anak Adam yang mengajar cara mengurus mayat ialah burung gagak, bukan T-Rex?
Dalam video ini saya membincangkan beberapa kenyataan Ustaz Nazrul Nasir mengenai dinosaur, fosil, evolusi Darwin dan Nabi Adam AS.
Antara perkara yang kita bincangkan:
• Apakah bukti sebenar kewujudan dinosaur?
• Betulkah fosil dinosaur hanya ditemui di Amerika?
• Adakah Malaysia mempunyai fosil dinosaur?
• Kenapa T-Rex tidak hidup bersama manusia?
• Apakah fungsi burung gagak dalam kisah dua anak Adam?
• Adakah menerima kewujudan dinosaur bermaksud kita mesti menerima evolusi manusia?
• Benarkah idea dinosaur muncul untuk menyokong teori Charles Darwin?
• Bagaimana kita membezakan perkara akidah dengan kajian terhadap alam?
Saya berpegang bahawa Nabi Adam AS ialah manusia pertama. Tetapi manusia pertama tidak bermaksud hidupan pertama yang pernah berada di bumi.
Kita tak perlu menolak bukti kewujudan dinosaur untuk mempertahankan Nabi Adam. Pada masa yang sama, menerima bahawa dinosaur pernah wujud tidak bermaksud kita mesti menerima bahawa Nabi Adam berasal daripada evolusi makhluk pra-manusia.
Islam tidak takut dengan kajian. Yang penting, kita tahu membezakan perkara yang datang daripada wahyu, perkara yang boleh dikaji melalui bukti alam, dan teori yang masih boleh dinilai serta dikritik.
📚 Dalam video ini saya turut mencadangkan buku Inilah Islam yang Semestinya Difahami untuk membantu kita memahami Islam dengan lebih tersusun, termasuk membezakan asas keimanan dengan kefahaman manusia terhadap kehidupan dan alam semesta.
Tonton sampai habis dan kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
📚 BACAAN & SUMBER LANJUT
Tanya tentang Inilah Islam yang Semestinya Difahami:
https://wa.me/60133023316?text=Assala....
Semak hadis dengan HadithXpert: https://hadithxpert.com
#SyihabudinAhmad #Dinosaur #IslamDanSains #NabiAdam