190 Warga Asing Ditahan Di Pusat Hiburan Kuala Lumpur | #bpjeya
BP JEYA
0:00 / 0:00
190 Warga Asing Ditahan Di Pusat Hiburan Kuala Lumpur | #bpjeya
2 256 просмотров · 2 нед. назад
BP JEYA
34,9 тыс. подписчиков
2 256 просмотров · 2 нед. назад
OPS GEGAR: 190 WARGA ASING DITAHAN DI PUSAT HIBURAN KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 190 warga asing dalam Ops Gegar di sebuah pusat hiburan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Operasi bermula jam 4.00 pagi itu melibatkan 107 pegawai dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Seramai 235 warga asing diperiksa, manakala 190 individu terdiri daripada 99 lelaki dan 91 perempuan warga Indonesia, Bangladesh serta India berusia 20 hingga 41 tahun ditahan kerana disyaki melanggar undang-undang imigresen.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen KLIA untuk siasatan lanjut. JIM turut menegaskan tindakan akan diambil terhadap majikan atau pihak yang melindungi dan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).