[FULL] Tanyalah Ustaz (2026) | Tue, Nov 3 - Kehidupan Ahli Syurga | Tonton
TV3MALAYSIA Official
0:00 / 0:00
[FULL] Tanyalah Ustaz (2026) | Tue, Nov 3 - Kehidupan Ahli Syurga | Tonton
1 559 просмотров · 2 дн. назад
TV3MALAYSIA Official
5,73 млн подписчиков
1 559 просмотров · 2 дн. назад
Topik: Kehidupan Ahli Syurga
Bintang Ilmuwan: Ustaz Dr. Shamsul Hakim Abd Samad
Hos: Da'i Annas
Syurga merupakan destinasi akhir yang diimpikan oleh setiap insan beriman, tempat Allah menyediakan pelbagai nikmat dan kebahagiaan yang tidak dapat dibandingkan dengan kehidupan di dunia. Gambaran tentang keindahan syurga bukan sekadar membangkitkan kerinduan terhadap kehidupan akhirat, bahkan mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ialah ruang untuk mempersiapkan diri menuju negeri yang kekal.
Melalui perkhabaran Rasulullah SAW tentang keadaan penghuni syurga, kita diajak menghayati betapa sempurnanya nikmat yang menanti orang beriman, termasuk kehidupan yang dipenuhi kedamaian, kebersihan hati dan kebahagiaan tanpa penghujung. Sejauh manakah gambaran nikmat syurga ini dapat menyuburkan harapan, menguatkan iman dan mendorong kita menjalani kehidupan di dunia dengan lebih baik?
Sabda Rasulullah SAW: “Kumpulan pertama yang masuk syurga adalah seperti rupa bulan pada malam purnama, dan orang-orang yang menyusuli mereka adalah seperti bintang yang paling terang cahayanya. Hati mereka berada di atas hati seorang lelaki (bersatu hati), tiada perselisihan dan tiada perasaan saling membenci sesama mereka. Bagi setiap seorang daripada mereka terdapat dua orang isteri, yang setiap seorang daripadanya dapat dilihat sumsum betisnya dari sebalik dagingnya kerana kecantikannya. Mereka bertasbih kepada Allah pada waktu pagi dan petang, mereka tidak jatuh sakit, tidak membuang hingus, dan tidak meludah. Bekas-bekas (peralatan) mereka daripada emas dan perak, sikat-sikat mereka daripada emas, bahan bakar tempat pembakar wangian mereka daripada kayu gaharu -berkata Abu al-Yaman: iaitu gaharu-, dan peluh mereka adalah kasturi.” [HR al-Bukhari, 3246]
#TanyalahUstaz #TanyalahUstaz2026
Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
Facebook: Tanyalah Ustaz TV3