Перейти к содержимому

Cara Selesaikan Masalah Elektrik

Rafizi Ramli

0:00 / 0:00

Cara Selesaikan Masalah Elektrik

6 804 просмотра · 7 ч назад
Rafizi Ramli
125 тыс. подписчиков
6 804 просмотра · 7 ч назад
Rakyat mengeluh bil elektrik semakin membebankan. Tak kira mereka mengundi parti mana, masalahnya tetap sama. Tetapi sampai bila kita mahu bergantung kepada pengumuman perlindungan bil tanpa menyelesaikan punca masalah? Bekalan gas untuk menjana elektrik di Semenanjung semakin berkurangan. Apabila kita semakin bergantung kepada gas import, kita semakin terdedah kepada turun naik harga pasaran dunia. Akhirnya, rakyat yang menanggung bebannya. Perlindungan bil mungkin boleh membantu rakyat buat sementara waktu. Pada masa yang sama, kita perlu bersedia menghadapi masalah bekalan tenaga dalam jangka masa panjang. Itulah pertimbangan saya ketika menjadi Menteri Ekonomi. Melalui Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilancarkan, kami merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil, termasuk memperluaskan penggunaan tenaga solar. Antara usaha yang perlu dipercepatkan ialah memudahkan pemasangan solar di bumbung rumah dan bangunan untuk menjana elektrik. Unjuran janaan tenaga daripada kaedah ini juga telah ada untuk memenuhi keperluan negara. Pelan sudah ada. Dasar sudah ada. Rakyat berhak bertanya: sejauh mana hal itu telah dilaksanakan? Cepat atau lambat kemajuannya? Jangan hanya bergaduh mempertahankan parti masing-masing. Tanya pemimpin yang kita sokong: apa penyelesaian kamu untuk masalah yang kami hadapi setiap hari?