Episode 20: Boss Lady: Wanita Perlu Tunggu Peluang Atau Cipta Peluang?
KelakaBelia
0:00 / 0:00
Episode 20: Boss Lady: Wanita Perlu Tunggu Peluang Atau Cipta Peluang?
346 просмотров · 3 нед. назад
KelakaBelia
166 подписчиков
346 просмотров · 3 нед. назад
🔥 KelakaBelia Ep.20 is OUT NOW! 🔥
“Boss Lady: Wanita Perlu Tunggu Peluang atau Cipta Peluang?” 👩🏻💼✨
Dari kecik kita selalu dengar, wanita boleh berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburi. Tapi dalam dunia sebenar, adakah peluang yang sama sentiasa terbuka untuk semua wanita? Atau wanita perlu bekerja lebih keras untuk membuktikan kemampuan diri? 👀
Dalam Episod 20 kali tok, kamek orang berkelaka bersama YB Puan Rodiyah Sapiee, Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, untuk membincangkan cabaran wanita dalam kerjaya dan kepimpinan. Dari perjalanan beliau sebagai jurutera ke arena politik, pengalaman membina kepercayaan, persepsi terhadap wanita yang tegas, hinggalah kepada kepentingan sokongan keluarga, mentorship dan peluang yang adil di tempat kerja.
Tapi persoalannya, adakah wanita perlu menunggu seseorang membuka pintu untuk mereka, atau berani mencipta peluang sendiri? 🤔 Dan bagi wanita muda yang ingin menjadi pemimpin tetapi belum tahu di mana hendak bermula, apakah langkah pertama yang boleh diambil? Mampukah kita membina masyarakat yang bukan sahaja memberi peluang kepada wanita, tetapi turut menyediakan ruang untuk mereka berkembang dan memimpin?
✨ Jangan tunggu jawatan untuk mula memimpin, mulakan dengan berani mengambil tanggungjawab, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
✨ Pemerkasaan wanita ialah tanggungjawab bersama, sokongan keluarga, peluang yang adil, mentorship dan pengiktirafan mampu membantu lebih ramai wanita berkembang.
✨ Peluang perlu terbuka untuk semua, wanita muda, termasuk dari kawasan luar bandar, wajar mendapat akses kepada pendidikan, kemahiran, pekerjaan dan peluang kepimpinan.
Santai jak, real talk, no pressure — exactly what KelakaBelia is all about. 💬
📍 Available now on:
YouTube | Spotify | Apple Podcasts
Jangan lupa like, share & komen!
Kamek madah ajak bah! 🔥
#AZAMSarawak #Ibrandium #KelakaBelia #KamekMadahAjakBah #OurSafeSpace