Tangan di Kerongkong Melaka | Perang Sultan Mahmud dan Portugis
Sejarah Yang Dilupakan
0:00 / 0:00
Tangan di Kerongkong Melaka | Perang Sultan Mahmud dan Portugis
6 511 просмотров · 3 недели назад
Sejarah Yang Dilupakan
648 подписчиков
6 511 просмотров · 3 недели назад
https://HariffManan.com Selepas Melaka jatuh, Sultan Mahmud Syah tidak berhenti berperang. Dari Sungai Muar, dari Pagoh dan akhirnya dari Pulau Bintan, baginda menyekat makanan dan perdagangan Melaka Portugis, mengepung kota itu dengan gajah, dan menghantar Laksamananya ke laut. Dokumentari ini mengikuti perang itu dari 1515 hingga kejatuhan Bintan pada 1526, pengunduran baginda ke Kampar dan kemangkatan baginda. Hampir semua butiran perang datang daripada pihak Portugis; angka ialah dakwaan pihak yang menulis, dan apabila sumber bercanggah, termasuk dengan Sulalatus Salatin, kedua-dua versi disebut.
Sumber utama: João de Barros, Da Ásia, Década III dan IV (edisi 1777); surat pegawai Portugis 1517 hingga 1518 dan catatan Ming Shi-lu 1521 dalam "Melaka 1511: Kota yang Diperebutkan" (Amdala, 2026); Sulalatus Salatin (ed. A. Samad Ahmad, DBP, 1979); Encyclopaedia Britannica, "Mahmud Shah". Sebahagian sumber dari SabriZainLibrary. Ilustrasi ialah imej janaan AI, bukan gambar sejarah.
Bab:
0:00 Pembuka
1:05 Bab 1: Senjata daripada Musuh
3:42 Bab 2: Gajah di Pintu Kota
5:25 Bab 3: Muar dan Pagoh
7:52 Bab 4: Ular yang Luka
9:35 Bab 5: Laksamana
12:08 Bab 6: Tangan di Kerongkong
14:13 Bab 7: Negeri Alah, Rajanya Mati
17:27 Bab 8: Kampar
#SultanMahmud #Bintan #PerangBintan #Melaka1511 #SejarahMelaka #SejarahMelayu #SejarahMalaysia #Dokumentari