Перейти к содержимому

RTB Berita Perdana, 19 Jun 2026 | SHENA KELUARKAN TIGA DENDA KOMPAUN

SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENT NATIONAL AUTHORITY

0:00 / 0:00

RTB Berita Perdana, 19 Jun 2026 | SHENA KELUARKAN TIGA DENDA KOMPAUN

458 просмотров · 3 месяца назад
SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENT NATIONAL AUTHORITY
579 подписчиков
458 просмотров · 3 месяца назад
SHENA KELUARKAN TIGA DENDA KOMPAUN BAGI KESALAHAN BERKAITAN PERTOLONGAN CEMAS DI TEMPAT KERJA SHENA telah mengeluarkan tiga (3) denda kompaun berjumlah BND500.00 setiap satu berikutan pemeriksaan yang dijalankan di beberapa tapak kerja pembinaan di Lebuhraya Tungku, Bandar Seri Begawan; Kampong Kiulap, Bandar Seri Begawan; dan Kampong Bukit Panggal, Mukim Keriam, Tutong. Tindakan penguatkuasaan tersebut adalah berkaitan dengan kegagalan mematuhi Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (Pertolongan Cemas), termasuk kegagalan menyediakan Pemberi Pertolongan Cemas dan Peti Pertolongan Cemas yang mencukupi di tempat kerja. Susulan daripada pemeriksaan tersebut, pihak yang bertanggungjawab ke atas premis-premis berkenaan telah mengambil langkah-langkah pembetulan yang diperlukan bagi menangani ketidakpatuhan yang dikenal pasti. SHENA menegaskan bahawa pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, Bab 277 serta peraturan-peraturan subsidiarinya adalah diwajibkan pada setiap masa. SHENA akan terus menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang bagi melindungi pekerja, orang awam dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut mengenai keselamatan, kesihatan dan alam sekitar, sila layari laman sesawang SHENA atau ikuti saluran media sosial rasmi SHENA. 🖥 www.shena.gov.bn 📞 238 2000 Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) komited dalam membuat perubahan dan memastikan Negara Brunei Darussalam adalah tempat yang selamat untuk bekerja dan didiami #SHENAbn #BruneiDarussalam #KerjaSelamat #TempatKerjaSelamat #PenguatkuasaanSHENA #KeselamatanDanKesihatanPekerjaan #WSHBrunei #SafetyFirst