Isu "Wage Compression" & Gaji Graduan Baharu
Rafizi Ramli
0:00 / 0:00
Isu "Wage Compression" & Gaji Graduan Baharu
7 337 просмотров · 2 дня назад
Rafizi Ramli
126 тыс. подписчиков
7 337 просмотров · 2 дня назад
Isu “wage compression” dan gaji graduan baharu dibincangkan di Podcast YBM Episod 66.
Graduan baharu minta gaji RM5,000. Tetapi ramai masih ditawarkan RM2,500 hingga RM3,500.
Mengapa selepas bertahun-tahun belajar, gaji permulaan masih menjadi masalah yang sama?
Dalam kupasan ini, saya jelaskan bahawa median gaji pekerja mahir pada 2024 sekitar RM4,600. Itu merangkumi pekerja yang sudah berpengalaman, bukan graduan baharu sahaja.
Angka ini menunjukkan betapa rendahnya paras gaji dalam pasaran kerja kita. Peluang mendapat gaji permulaan yang tinggi memang ada, tetapi belum cukup meluas untuk dinikmati ramai graduan.
Pada masa yang sama, kita berdepan masalah “wage compression”, atau pemampatan gaji.
Apabila gaji minimum meningkat tetapi gaji pekerja lain naik perlahan, jurang gaji antara pekerja berlainan tahap kemahiran semakin kecil.
Pekerja yang mempunyai diploma, latihan kemahiran atau pengalaman tambahan boleh menerima gaji yang tidak jauh berbeza daripada pekerja yang kurang berkemahiran.
Lama-kelamaan, orang akan bertanya: kalau saya belajar lebih tinggi dan menambah kemahiran, sejauh mana usaha itu diterjemahkan kepada pendapatan yang lebih baik?
Gaji minimum penting untuk melindungi pekerja bergaji rendah. Tetapi usaha menaikkan pendapatan rakyat mesti turut meliputi perkembangan gaji sepanjang kerjaya.
Sebab itu kita perlu memperluas pekerjaan berproduktiviti tinggi: pekerjaan yang menghasilkan nilai lebih besar dan mampu menawarkan gaji lebih baik. Syarikat yang menawarkan pekerjaan sebegini perlu berkembang supaya lebih ramai anak muda mendapat peluang.
Dasar gaji juga perlu menghubungkan peningkatan kemahiran dan produktiviti dengan kenaikan pendapatan.
Kalau peluang pekerjaan bergaji tinggi masih terhad, setiap tahun graduan baharu akan berdepan masalah yang sama. Mereka masuk ke pasaran kerja dengan harapan besar, tetapi pilihan yang ada tidak sepadan dengan harapan itu.
Anak muda berhak mengharapkan kehidupan yang lebih baik selepas menamatkan pengajian.
Tanggungjawab kita ialah membina ekonomi yang mampu memenuhi harapan tersebut.