Перейти к содержимому

Malaysia Mahu Gaji Tinggi, Tapi Masih Bergantung Pada Buruh Murah?

Rafizi Ramli

0:00 / 0:00

Malaysia Mahu Gaji Tinggi, Tapi Masih Bergantung Pada Buruh Murah?

8 800 просмотров · 2 дн. назад
Rafizi Ramli
126 тыс. подписчиков
8 800 просмотров · 2 дн. назад
Sampai bila kita mahu bersaing dengan buruh murah, sedangkan rakyat mengharapkan gaji yang lebih tinggi? Masalah gaji rendah tidak boleh diselesaikan dengan melihat majikan semata-mata. Kita perlu melihat struktur ekonomi negara: jenis perniagaan yang berkembang, teknologi yang digunakan dan pekerjaan yang diwujudkan. Selagi tenaga kerja murah mudah diperoleh, dorongan untuk melabur dalam mesin, automasi dan kemahiran pekerja menjadi lebih kecil. Perniagaan boleh terus mencatat keuntungan dengan cara lama, tetapi peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat tidak berkembang secukupnya. Akhirnya, anak muda keluar universiti dengan kelayakan dan kemahiran, tetapi terpaksa menerima pekerjaan yang tidak sepadan kerana pilihan mereka terhad. Di sinilah dilema kita. Perniagaan memerlukan pekerja untuk terus beroperasi. Pada masa yang sama, kebergantungan berpanjangan kepada buruh murah boleh melambatkan perubahan yang diperlukan untuk menaikkan produktiviti dan gaji rakyat. Industri yang menggunakan teknologi lebih maju turut mewujudkan permintaan untuk jurutera, pembekal khusus, penyelenggaraan mesin dan pelbagai perkhidmatan berkemahiran tinggi. Kesannya berkembang sepanjang rantaian ekonomi. Sebab itu, kenaikan gaji minimum perlu disertai dasar yang mengurangkan kebergantungan kepada buruh murah secara terancang, membantu perniagaan beralih kepada teknologi dan meningkatkan kemahiran pekerja tempatan. Kerajaan mesti berani menyelaraskan dasar pengambilan pekerja asing dengan cita-cita membina ekonomi bergaji tinggi. Kalau model ekonomi masih bergantung pada buruh murah, bagaimana kita mahu menjanjikan masa depan bergaji tinggi kepada rakyat? Adakah Belanjawan 2027 oleh pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim Jumaat ini akan menangani isu ini? Tonton kupasan penuh isu pekerja asing dan kesan kepada gaji di Podcast YBM Episod 66 di saluran YouTube saya.