‘Malaysia Berpotensi Jadi Sasaran Serangan Siber’ – PMX Dedah Ancaman Keselamatan Negara
ELC Media Malaysia
0:00 / 0:00
‘Malaysia Berpotensi Jadi Sasaran Serangan Siber’ – PMX Dedah Ancaman Keselamatan Negara
480 просмотров · 12 ч назад
ELC Media Malaysia
27 тыс. подписчиков
480 просмотров · 12 ч назад
‘Malaysia Berpotensi Jadi Sasaran Serangan Siber’ – PMX Dedah Ancaman Keselamatan Negara
Malaysia berpotensi menjadi sasaran serangan siber susulan kekuatan negara dalam sektor digital dan pusat data serta pendirian tegas kerajaan dalam isu Palestin dan Gaza, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata kerajaan memandang serius perkembangan ancaman keselamatan antarabangsa, termasuk serangan siber yang dilaporkan menjejaskan infrastruktur digital beberapa negara maju.
Beliau berkata serangan berkenaan telah mengganggu sistem pentadbiran, kewangan dan keselamatan di Eropah, Amerika Syarikat serta Jepun, sekali gus menunjukkan krisis luar negara boleh memberi kesan langsung kepada keselamatan dan kestabilan Malaysia.
Menurutnya, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diadakan semalam bagi meneliti ancaman serangan hibrid dan siber, perkembangan konflik Asia Barat serta kemungkinan kesannya terhadap keselamatan negara.
Anwar berkata Malaysia turut mempunyai kepentingan strategik yang boleh menjadikannya sasaran, khususnya kekuatan infrastruktur digital dan pusat data yang kini mampu menyaingi beberapa negara Eropah.
Beliau turut menyebut pendirian Malaysia mengenai Palestin dan Gaza sebagai antara faktor yang mungkin menarik perhatian negara tertentu.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan MKN mengadakan taklimat khas secara tertutup kepada semua ahli Parlimen dalam tempoh satu hingga dua hari bagi menjelaskan perkembangan risikan terkini.
Anwar turut mengingatkan rakyat supaya tidak panik, sebaliknya kekal berwaspada dan segera melaporkan sebarang gangguan atau pencerobohan melibatkan sistem digital dan teknologi.
Dalam perkembangan lain, Anwar mendedahkan kerajaan berjaya mengurangkan potensi kerugian negara daripada projek saluran paip gas Sabah (TSGP) dan saluran paip pelbagai produk (MPP) menerusi rundingan dengan China Exim Bank.
Beliau berkata perjanjian penyaluran semula pinjaman yang dimeterai pada 30 Oktober lalu membolehkan kira-kira RM5 bilion dipulihkan melalui pelaksanaan projek bekalan air di Perak dan Pulau Pinang, berbanding kerugian keseluruhan sekitar RM8 bilion jika tiada penyelesaian dicapai.
Anwar turut mengakui projek asal bernilai RM9.4 bilion itu mengalami kelemahan tadbir urus serius apabila 88 peratus bayaran dibuat sedangkan kemajuan kerja hanya 13 peratus.
Mengenai penyeludupan dadah, beliau berkata sebanyak 93 tangkapan direkodkan antara Januari hingga Oktober tahun ini, melibatkan rampasan 2.56 kilogram dadah bernilai RM2.7 juta.
#AnwarIbrahim #PMX #DewanRakyat #ParlimenMalaysia #WaktuPertanyaanMenteri #Malaysia #KeselamatanNegara #SeranganSiber #AncamanSiber #KeselamatanDigital #CyberSecurity #MajlisKeselamatanNegara #MKN #Palestin #Gaza #AsiaBarat #PusatData #InfrastrukturDigital #TSGP #MPP #Sabah #ChinaEximBank #TadbirUrus #Rasuah #SalahGunaKuasa #ProjekKerajaan #BekalanAir #Perak #PulauPinang #PenyeludupanDadah #AKPS #Penguatkuasaan #PDRM #BeritaMalaysia #PolitikMalaysia