SEBUAH PERJALANAN, SEBUAH PENGORBANAN, SEBUAH KEBANGGAAN
Universiti Malaysia Perlis
0:00 / 0:00
SEBUAH PERJALANAN, SEBUAH PENGORBANAN, SEBUAH KEBANGGAAN
4 087 просмотров · 3 дня назад
Universiti Malaysia Perlis
7,42 тыс. подписчиков
4 087 просмотров · 3 дня назад
SEBUAH PERJALANAN, SEBUAH PENGORBANAN, SEBUAH KEBANGGAAN
Dari langkah pertama di padang kawad, keringat yang mengalir sepanjang latihan, detik-detik mencabar, gelak tawa bersama rakan seperjuangan, sehinggalah tiba saat yang paling dinanti.
Setiap langkah yang diatur bukan sekadar latihan. Setiap arahan yang dilaksanakan bukan sekadar disiplin. Di sebaliknya ada ketabahan, semangat, pengorbanan dan keazaman untuk membentuk diri menjadi insan yang lebih berani, berdisiplin dan bersedia memikul amanah.
Dan di sebalik kejayaan ini, berdiri insan-insan yang tidak pernah berhenti memberi sokongan; ibu, ayah, keluarga, jurulatih, pegawai dan rakan seperjuangan.
Hari ini, segala usaha dan pengorbanan terukir dalam satu detik yang penuh bermakna.
Inilah perjalanan PALAPES 2026.
Dari latihan kepada pentauliahan.
Dari seorang kadet kepada seorang pegawai.
Sebuah perjalanan yang akan sentiasa dikenang.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga PALAPES Universiti Awam.
Demi amanah. Demi pertiwi. Demi negara.
Dari UniMAP, kami simpan kenangan terindah ini sebagai satu SEJARAH.
Anda kebanggaan NEGARA!