Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 4
Lebuhraya Pan Borneo Sabah
0:00 / 0:00
Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 4
7 376 просмотров · 2 месяца назад
Lebuhraya Pan Borneo Sabah
2,37 тыс. подписчиков
7 376 просмотров · 2 месяца назад
SALAM SABAH MAJU JAYA
𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝟒 – 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐍𝐆𝐀𝐖𝐀𝐍–𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑 (𝟐𝟑.𝟐 𝐊𝐌)
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Pakej Kerja 4 melibatkan kerja penaiktarafan jalan sedia ada dari Bongawan ke Papar kepada Lebuhraya Empat Lorong Dua Hala (Dual Carriageway) sejauh 23.2 kilometer.
Skop utama pembinaan merangkumi 6 buah jambatan utama iaitu Jambatan Nyaris-Nyari, Mandahan, Benoni, Bongawan, Kelatuan serta jambatan di Benoni Interchange, 2 persimpangan bertingkat di Kimanis dan Benoni, 18 perhentian bas serta 1 jejantas pejalan kaki.
Projek ini merupakan inisiatif strategik di bahagian barat daya Sabah yang bertujuan melancarkan aliran trafik, meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta memperkukuh jaringan mobiliti antara Bongawan, Papar dan Kota Kinabalu.
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, berwaspada dan mematuhi peraturan lalu lintas sepanjang tempoh pembinaan demi keselamatan bersama.
#KKRS
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMADANI
#LebuhrayaPanBorneoSabah