BATU KURAU Perak | Terkenal dengan Durian | Drone Footage
MFikri MY
0:00 / 0:00
BATU KURAU Perak | Terkenal dengan Durian | Drone Footage
4 971 просмотр · 5 л. назад
MFikri MY
4,69 тыс. подписчиков
4 971 просмотр · 5 л. назад
Batu Kurau ialah sebuah mukim yang terletak di dalam pentadbiran Daerah Larut dan Matang di negeri Perak, Malaysia. Batu Kurau sangat terkenal dengan hasil buah duriannya.(Sumber: Wikipedia)
Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.
Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Pattani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).
Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.
Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Pattani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Pattani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Pattani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia.
Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Pattani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Pattani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik.
Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato' Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.
Terbaru, ialah Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias atau dikenali dengan gelaran UKE. Beliau adalah penceramah bebas yang terkenal di Malaysia. Sering beliau menyampaikan ceramah dengan nada yang santai dan bersahaja juga diselit komedi kekeluargaan bagi menarik perhatian pendengar.
My Gear:
1) Dji Mavic Air 2 (Drone)
My Music:
1) Song: DayFox - Lioness (Vlog No Copyright Music)
Music provided by Vlog No Copyright Music.
Video Link: • DayFox - Lioness (Vlog No Copyright Music)
2) Flying High by FREDJI / fredjimusic
/ fredjimusic
Music promoted by Audio Library • Flying High – FREDJI (No Copyright Music)
My Social Media:
Facebook: / mohdfikri.yazid
Instagram: mohdfikriyazid
Disclaimer:
The content of this channel, including: videos, images and logo made by MFikri MY. All rights reserved.
➤ You are allowed to share my videos on social platforms and web pages by using YouTube links ONLY.
➤ You are allowed to reuse my video footage only if my channel's name is clearly visible or with mention to my channel's name.
© MFikri MY
#batukurau #perak #durianbatukurau #chaletlatipbatukurau #chaletbatukurau #tempatmenarikdibatukurau #batukurauperak #loghatbatukurau #dronemalaysia #sempenehbatukurau #tempatmenarikdiperak #chaletbatukurau #chaletlatifayerhitam #bestofbatukurau #sempeneh
batu kurau
batu kurau perak
chalet latif ayer hitam
drone footage
drone malaysia
durian batu kurau
durian kampung
durian pantai besar
jelai
kampung repoh
masjid al kurauwi
mavic air 2
pekan batu kurau
sekolah kebangsaan batu kurau
sekolah kebangsaan toh sajak
smk datok kamaruddin
tempat menarik di batu kurau
tempat menarik di perak
travel malaysia
ustaz kazim
durian batu kurau 2021
jalan batu kurau
orang batu kurau
loghat batu kurau
batu kurau homestay
suasana musim durian
chalet batu kurau
chalet latip
chalet latip batu kurau
sempeneh batu kurau
chalet latip d'ayer itam
daerah batu kurau
kampung sempeneh