Перейти к содержимому

SUKE HIGHWAY FASA 2 Kini Dibuka - Persimpangan Cheras-Kajang ⇒ Persimpangan Sri Petaling / 新街场淡江大道

WE Channel 我们的频道

0:00 / 0:00

SUKE HIGHWAY FASA 2 Kini Dibuka - Persimpangan Cheras-Kajang ⇒ Persimpangan Sri Petaling / 新街场淡江大道

4 908 просмотров · 3 г. назад
WE Channel 我们的频道
3,35 тыс. подписчиков
4 908 просмотров · 3 г. назад
Lebuhraya SUKE fasa 2 dibuka, tol percuma 2 minggu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) fasa dua dibuka secara rasmi kepada pengguna bermula 16 Jun 2023 12.01 tengah malam ini, dengan tol percuma di Plaza Tol Alam Damai selama dua minggu. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selepas dua minggu, kadar bayaran tol di plaza tol tersebut ialah RM2.30. Lebuhraya SUKE fasa dua itu melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) hingga Persimpangan Cheras-Kajang melengkapkan jajaran utama SUKE sepanjang 24.4 kilometer bermula dari persimpangan Sri Petaling berakhir di persimpangan Bukit Antarabangsa. Jajaran itu dapat menjimatkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada 25 minit berbanding 75 minit melalui laluan sedia ada. Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menjangkakan sebahagian pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) akan beralih ke Lebuhraya SUKE seusai pembukaan penuh jajaran utamanya Antara skop pembinaan lebuhraya ini melibatkan dua persimpangan baharu iaitu Persimpangan Sri Petaling dan Persimpangan Sungai Besi serta pembinaan satu plaza tol bertingkat iaitu di Plaza Tol Alam Damai. Laluan tersebut menghubungkan pengguna ke lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Kl-Seremban. Pembukaan Fasa 2 Lebuhraya Suke menepati objektif pembinaannya untuk menjadi laluan alternatif bagi pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi menampung kapasiti trafik kira-kira 100,000 kenderaan sehari, Fasa 3 lebuhraya Suke yang melibatkan Persimpangan Bertingkat Alam Damai dijangka bakal siap dalam suku ketiga tahun ini.