Perasmian PROFEX dan Pelancaran Hari Ikhtisas Malaysia - Ucapan Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
0:00 / 0:00
Perasmian PROFEX dan Pelancaran Hari Ikhtisas Malaysia - Ucapan Anwar Ibrahim
1 529 просмотров · 23 часа назад
Anwar Ibrahim
108 тыс. подписчиков
1 529 просмотров · 23 часа назад
Mana-mana negara atau tamadun tidak hanya berdiri dengan batu, besi ataupun angka-angka pertumbuhan saban tahun. Malah, ia dibangunkan juga oleh kalangan mereka yang berilmu, berprinsip dan menggarap bahawa setiap kepakaran datang bersama amanah.
Justeru, memang kita digesa untuk mengejar dan menggapai kecemerlangan serta pengkhususan (specialization), namun ilmu yang membeku dalam ruang dogma akhirnya boleh kehilangan makna dan jiwa. Filasuf besar Ortega y Gasset mengingatkan betapa bahaya gejala “barbarism of specialization”, yakni ketika seseorang yang terlalu arif dalam satu bidang, tetapi menjadi asing dalam hal kesedaran terhadap permasalahan masyarakat dan kemanusiaan.
Lantaran itu, ikhtisas harus menemukan dirinya pada nilai. Kepakaran mesti bersanding dengan etika, kecemerlangan dengan itqan fil amal, dan profesionalisme dengan keberanian untuk menyatakan yang benar serta tegas menolak segala bentuk rasuah, ketirisan dan kebobrokan.
Sementalahan, Malaysia tidak akan terangkat hanya kerana kita memiliki kalangan mereka yang pintar. Malaysia akan terangkat apabila kepintaran itu dipadukan dengan hikmah, apabila perbezaan kaum, agama dan wilayah tidak menjadi tembok yang memisah, tetapi menjadi tiang kekuatan yang menyempurnakan wajah dan seri sesebuah bangsa.
Justeru, Hari Ikhtisas Malaysia yang digelar pada 29 September setiap tahun harus kita maknai lebih daripada semata penghargaab. Ia adalah suatu peringatan bahawa ilmu tidak semata jalan ke arah kecemerlangan, tetapi wahana untuk meninggikan martabat negara dan masa depan generasi yang bakal mewarisinya.