AIR INDIA BAGI MASALAH BESAR PADA SINGAPORE AIRLINES?
Nazri Hamdan
0:00 / 0:00
AIR INDIA BAGI MASALAH BESAR PADA SINGAPORE AIRLINES?
10 978 просмотров · 4 часа назад
Nazri Hamdan
88,7 тыс. подписчиков
10 978 просмотров · 4 часа назад
Singapore Airlines selama ni dikenali sebagai antara syarikat penerbangan paling cekap dan menguntungkan di Asia, akan tetapi! pelaburannya dalam Air India sekarang sedang menguji reputasi tersebut. Selepas penggabungan Vistara dengan Air India, SIA memiliki 25.1% saham dalam syarikat penerbangan itu.
Masalahnya, kumpulan Air India merekodkan kerugian lebih 20,000 crore rupee atau sekitar AS$2.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2026, menyebabkan SIA menanggung bahagian kerugian sebanyak S$945.2 juta.
Sekarang Air India perlukan suntikan modal tambahan AS$1.5 bilion, jadi persoalannya bukan lagi sama ada India mempunyai pasaran penerbangan yang besar, tetapi berapa lama SIA sanggup terus memasukkan duit sebelum pelaburan strategik ini bertukar menjadi kesilapan yang sangat mahal.