Перейти к содержимому

SITUASI PELARIAN ROHINGYA DI UNHCR SELEPAS DIUSIR DARI KUALA MUDA, PENAGA, PENANG

KAPSUL VIRAL

0:00 / 0:00

SITUASI PELARIAN ROHINGYA DI UNHCR SELEPAS DIUSIR DARI KUALA MUDA, PENAGA, PENANG

23 757 просмотров · 3 мес. назад
KAPSUL VIRAL
61,9 тыс. подписчиков
23 757 просмотров · 3 мес. назад
SITUASI PELARIAN ROHINGYA DI UNHCR SELEPAS DIUSIR DARI KUALA MUDA, PENAGA, PENANG Suasana di hadapan pejabat UNHCR Kuala Lumpur hari ini menyaksikan lebih 100 warga Rohingya berhimpun bagi mendapatkan bantuan selepas mendakwa mereka diusir dari Kampung Penaga, Kuala Muda, Pulau Pinang. Menurut wakil kumpulan tersebut, seramai kira-kira 126 orang berada di lokasi ketika ini, manakala jumlah keseluruhan yang terlibat dikatakan melebihi 200 orang. Menurut kumpulan tersebut, mereka telah cuba mendapatkan bantuan daripada pegawai UNHCR, namun dimaklumkan bahawa bantuan tidak dapat diberikan serta-merta. Keadaan itu menyebabkan mereka kini tidak mengetahui ke mana harus dituju kerana sudah tidak mempunyai tempat tinggal. Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini pada Isnin dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti. Sementara itu, sumber memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka terlibat dalam penyelarasan kes berkenaan esok bagi mengenal pasti pelarian yang mempunyai dokumen sah UNHCR serta menentukan penempatan yang bersesuaian. Menurut sumber, individu yang tidak mempunyai kad UNHCR atau gagal membuktikan status pelarian yang sah akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dihantar ke depoh tahanan sebelum melalui proses penghantaran pulang ke negara asal.