RAKYAT MALAYSIA BERSUARA ISU PELARIAN ETNIK ROHINGYA DI MALAYSIA
Waniey Channel
0:00 / 0:00
RAKYAT MALAYSIA BERSUARA ISU PELARIAN ETNIK ROHINGYA DI MALAYSIA
126 173 просмотра · 5 мес. назад
Waniey Channel
268 тыс. подписчиков
126 173 просмотра · 5 мес. назад
RAKYAT MALAYSIA BERSUARA ISU PELARIAN ETNIK ROHINGYA DI MALAYSIA
Petisyen 'Remove Rohingya from
Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di negara ketiga telah mendapat lebih 319,500 tandatangan setakat Jumaat.
Petisyen yang dilancarkan oleh akaun Aku Anak Malaysia pada 29 Mei lalu itu turut menyasarkan sejuta sokongan, selain menuntut pihak berkuasa mencari penyelesaian alternatif bagi menangani kebanjiran pelarian etnik tersebut.
Menurut penganjur, peningkatan jumlah etnik itu didakwa telah memberi tekanan terhadap sumber, infrastruktur dan
perkhidmatan sosial negara.
Kontroversi membabitkan etnik Rohingya tercetus susulan aduan penduduk setempat mengenai pengurusan sisa selepas penyembelihan lembu untuk ibadah korban, sekali gus mencetuskan semula perdebatan hangat mengenai kehadiran pelarian tersebut di Malaysia.
Aduan yang pada awalnya tertumpu kepada aspek kebersihan kemudiannya berkembang menjadi perbahasan lebih luas di media sosial mengenai status dan peranan komuniti Rohingya di negara ini.