PASEMBOQ PAK LAH | Pasembur Utara Ini Viral di Muar!! Versi Ori Kedah yang Memikat Rasa😍😍
Sahabat Jauhar Channel
0:00 / 0:00
PASEMBOQ PAK LAH | Pasembur Utara Ini Viral di Muar!! Versi Ori Kedah yang Memikat Rasa😍😍
5 545 просмотров · 5 л. назад
Sahabat Jauhar Channel
1,15 тыс. подписчиков
5 545 просмотров · 5 л. назад
GERAI PASEMBUR UTARA / PASEMBOQ UTAGHA PAK LAH, PARIT JAWA, MUAR
Gerai yang lebih dikenali dengan nama PASEMBOQ PAK LAH ini dimiliki secara kecil-kecilan oleh En. Abdullah Bin Ismail yang berasal dari Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Lah telah lama bermastautin di Muar bersama keluarganya. Pasembur yang disajikan di gerai ini menggunakan ramuan asal pasembur negeri Kedah yang diwarisi oleh Pak Lah daripada ibu bapanya. Gerai pasembur ini menjadi viral baru-baru ini selepas dibuka di Pekan Parit Jawa sejak bulan Januari 2021 memandangkan tidak banyak gerai atau peniaga yang menjual pasembur utara di sekitar Muar dan Parit Jawa.
Beroperasi secara kecil-kecilan di tengah-tengah Pekan Parit Jawa, gerai ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan dari luar untuk mendapatkan dan merasa pasembur original Utara yang berbeza dengan rojak tempatan Muar atau Johor. Selain pasembur, gerai ini turut menyajikan aneka jenis mi goreng iaitu mi goreng ala mamak, bihun goreng dan kueteow goreng. Ketiga-tiga menu ini juga menjadi kegemaran para pelanggan yang menyukai mi goreng ala mamak atau mi goreng rasa Utara.
Hari niaga : Setiap hari. Cuti jika ada urusan lain.
Waktu niaga : 12.00 tengah hari hingga 6.45 petang.
Lokasi : Pekan Parit Jawa, Muar
Bersebelahan Stesen Petrol BHP dan Kedai Mr. DIY.
Menu : Pasembur Utara, Mi goreng ala mamak, bihun goreng dan kueteow goreng. Semua menu berharga RM5.00 sebungkus.
Tempahan/pertanyaan : 0174236493
#sahabatjauharchannel #supportpeniagakecil #makanviral #makanmurah #makanamalkongsi #makansambilberamal #pasemburutara #pasemboqutagha #pasemboqpaklah #makanmuar #pasemburmuar #berkongsirezeki #pasemboqkedah #meegorengmamak #peniagakecil #paritjawa #indahnyaberkongsirezeki #malaysiastreetfood #rojakpasembur #streetfoodchannel #muarbandardiraja #belanjaorangramai