Перейти к содержимому

Danang 4H3M Trip | Dragon Bridge | Hoi An Ancient Town | Ba Na Hills

Firdaus Rejab

0:00 / 0:00

Danang 4H3M Trip | Dragon Bridge | Hoi An Ancient Town | Ba Na Hills

201 просмотр · 6 месяцев назад
Firdaus Rejab
409 подписчиков
201 просмотр · 6 месяцев назад
Setup: Iphone 14 Pro DJI Action 5 Pro Dji Mic Mini Assalamualaikum dan salam sejahtera, geng! Nama aku Firdaus, dan dalam video ni aku nak kongsikan pengalaman percutian aku ke Danang, Vietnam. 🇻🇳 Hari pertama, kami memulakan perjalanan dengan penerbangan menggunakan Batik Air. Setelah tiba di Danang, aku gunakan perkhidmatan Airport Transfer terus ke Central Hotel & Spa. Lepas check-in, kami sewa moto untuk ke My Khe Beach 🏖️. Untuk makan malam, kami singgah di Halal Food Karim 🍲 sebelum lepak santai di Nia Coffee ☕. Malamnya, tepat jam 9, kami tak lepaskan peluang tengok Fire Dragon Show di Dragon Bridge 🐉🔥. Untuk hari kedua ni, aktiviti bermula dengan Coconut Boat Ride di Cam Thanh, pengalaman unik naik sampan bulat sambil menikmati pemandangan hijau 🌴🚣. Selepas tu, kami teruskan perjalanan ke Hoi An Ancient Town, salah satu bandar lama yang paling cantik di Vietnam. 🏮 Waktu malam, kami sertai aktiviti paling ikonik di Hoi An – Boat Ride & Lantern Release di sungai. Memang pengalaman yang sangat magikal, penuh warna-warni lampu tanglung di sekeliling. ✨ Hari ketiga kami bermula dengan trip ke Ba Na Hills, salah satu tarikan paling popular di Danang. Dari naik cable car yang panjang, hinggalah ke Golden Bridge yang ikonik dengan tangan gergasi ✋🌉 – memang pemandangan dia sangat luar biasa. Selain tu, kami explore theme park dan kawasan sekitar Ba Na Hills yang penuh suasana Eropah. 🎡🏰 Pada waktu malam, kami singgah ke Son Tra Night Market, port santai untuk shopping cenderamata dan rasa vibe malam di Danang. 🛍️✨ Hari keempat pula lebih santai, hanya bersiap-siap untuk balik ke Malaysia. Perjalanan singkat tapi penuh pengalaman yang tak dapat dilupakan. ✈️