Перейти к содержимому

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu

Bing - Bahasa Melayu

0:00 / 0:00

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu

194 174 просмотра · 1 г. назад
Bing - Bahasa Melayu
419 тыс. подписчиков
194 174 просмотра · 1 г. назад
➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️ 5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak 00:00 Hati Bing dan Sula sedang meletakkan pelekat berbentuk hati pada barang-barang kesukaan mereka di sekitar rumah. Bing mendapat pelekat berwarna jingga kerana Sula tahu itu warna kesukaanya. Sula kemudian memutuskan yang semua barang di bilik tidur Bing adalah kesukaanya malah turut diletakkan pelekat pada Hoppity Voosh juga! Bing rasa sedih kerana Hoppity adalah yang paling paling dia suka dan dia tidak mahu berkongsi. Dapatkah Sula mencari jalan untuk membuatkan Bing berasa lebih baik? 06:23 Buih Di halaman rumah, Flop menunjukkan kepada Bing dan Pando cara meniup buih. Pando dapat tiup buih yang sangat besar sehingga Bing ingat peniup buihnya rosak. Lalu Pando pun menukar peniup buih dengan Bing tetapi Bing nampaknya masih tak dapat untuk buat buih! Flop lalu meningatkan Bing untuk celup, biarkan menitis, dan tiuuuuuupp perlahan-lahan. Buih besar yang cantik kemudian terbentuk dan melayang ke arah Pando yang mencucuknya. Bing kecewa dengan Pando kerana telah mencucuk buih pertamanya tetapi dia kemudian menemui cara baru untuk buat banyak buih pada satu masa. 12:46 Hilang Bing dan Hoppity Voosh sedang bergembira di taman sehingga Bing tidak perasan ada najis anjing yang besar dan busuk lalu melangkah tepat ke dalamnya! Flop membantu Bing ke rumah Amma untuk membersihkan diri, apabila Bing tiba-tiba sedar yang dia tertinggal Hoppity di belakang. Adakah Bing dapat foookus dan ingat di mana Hoppity? 19:09 Talkie Taxi Bing dan Sula terjumpa ‘Talkie Taxi’-, iaitu kereta mainan yang boleh bercakap yang selama ini tersembunyi di tempat Amma. Mereka kemudian bermain dan melakukan semua yang diminta oleh "Talkie Taxi" sehinggalah mereka berasa marah kerana teksi tersebut tidak mahu mendengar cakap mereka. Mereka memandunya, membasuhnya malah turut membiarkan Hoppity dapat giliran untuk bermain juga. Tetapi apabila "Talkie Taxi" menemui kemalangan sehingga menyebabkan Hoppity terbang, Bing dan Sula tidak mahu lagi bermain dengan teksi itu. Dapatkah mereka mencari jalan untuk bergembira lagi dengan "Talkie Taxi"? 25:32 Tersangkut Bing & Sula sedang memanjat pokok di hutan Howly hari ini bersama dengan Amma dan Flop! Agak susah untuk memanjat pokok dan Sula perlukan bantuan Bing untuk memanjat naik dan turun semula. Tetapi apakah yang akan terjadi apabila Bing ingin memanjat dengan lebih tinggi lagi? ***** Tonton lebih banyak daripada Bing: ▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik ▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh ▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh ▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu ▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble #bingMelayu #bingEpisod ***** 🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps ***** Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka. Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik. Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing! ➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com ➡️ Instagram:   / bingbunny   ➡️ Facebook:   / bingbunny   © ACAMAR FILMS LIMITED