Kuih Loyang Pedas (Spicy Rose Cookies) yang Rangup, Lazat. Petua untuk menghasilkan Kuih Cantik.
Chik Ah Chik Chop Channel
0:00 / 0:00
Kuih Loyang Pedas (Spicy Rose Cookies) yang Rangup, Lazat. Petua untuk menghasilkan Kuih Cantik.
32 660 просмотров · 4 г. назад
Chik Ah Chik Chop Channel
4,56 тыс. подписчиков
32 660 просмотров · 4 г. назад
Kuih Loyang Pedas (Spicy Rose Cookies) yang Rangup, Lazat. Petua menghasilkan Kuih Cantik dan Licin.
Kuih Loyang dikenali dengan berbagai
nama iaitu Kuih Goyang, Kuih Rose, Kuih Sarang Tebuan, Kue Kembang Loyang, Archu Muruku.
Adunan Utama Kuih Loyang sama ada Tepung Beras, Tepung Jagung ataupun Tepung Pulut.
Bahan-Bahan :
500 gram (4 cawan) Tepung Beras
200 gram (1+1/2 cawan) Tepung Ubi Kayu
10 biji Cabai Kering
1/2 genggam Udang Kering ( rendam dulu)
4 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
1 sudu makan Jintan Manis
1 sudu makan Garam
1 sudu makan Gula
2 biji Telur
4 tangkai Daun Kari
100 mls Santan Kelapa + 200 mls Air
100 mls Air Kapur (1/4 sudu teh Kapur + 100 mls Air)
300 mls +50 mls Air
Minyak Masak secukupnya
Petua Menghasilkan Kuih Loyang Pedas
Yang Cantik :
(1). Elak Minyak Berlebihan ke dalam Adunan.
Asingkan Adunan dalam bekas yang Kecil untuk Celup Acuan Loyang ke dalam Tepung Adunan.
(2). Menghasilkan Kuih Loyang yang Licin.
Guna Api yang tidak terlalu Tinggi ataupun terlalu Kuat.
(3). Elak Kuih Loyang Melekat di Acuan.
Jangan Celup Adunan sehingga ke Paras Atas Acuan.
(4). Elak Kuih Loyang Menyerap Minyak.
Elakkan mengguna Api yang terlalu Kecil ataupun terlalu Rendah.
Simpan Kuih Loyang dalam Bekas Kedap Udara setelah ianya sejuk.
Kuih ini boleh tahan sehingga 2 Bulan dan Baunya tidak Tengit (Hapak).
Subtitle dalam Bahasa Inggeris disertakan dalam Video ini.
#chikahchikchopchannel#kuihloyangpepas#spicyrosecookies