Qasidah Jalaliyah (Nabiyyuna) - Bilik Production
Bilik Production
0:00 / 0:00
Qasidah Jalaliyah (Nabiyyuna) - Bilik Production
38 657 просмотров · 5 лет назад
Bilik Production
682 подписчика
38 657 просмотров · 5 лет назад
#QasidahJalaliyah #Nabiyyuna #BilikProduction
Qasidah Jalaliyah (Nabiyyuna) - Bilik Production
Suara: Muhammad Nur Zuhdi
Suntingan suara: Shahril Ashraf
Suntingan video: Muhammad Luqman
Selawat Jalaliyah (Nabiyyuna Rasulullah)
Qasidah Sheikh Ahmad Jamhuri Jaharis al-Makki
Syeikh Ahmad Jamhuri al-Banjari (lahir di Banjarmasin tahun 1940) adalah seorang ulama asal Kalimantan Selatan. Diantara guru-guru dari Syekh Ahmad Jamhuri di Mekkah, yakni Syeikh Hassan Masysyath, Syeikh Muhammad al-‘Arabiy, Syeikh Sayyid ‘Alawi al-Maliki, Syeikh Sayyid Amin Kutbi, dan mulai mengaji dengan Sayyid Ismail Zen al-Yamani sejak tahun 1970 (1391 H).
Qasidah Jalaliyah adalah qasidah yang dimulai dengan sebutan 'NABIYYUNA RASULULLAH s.a.w. (nabi kami ialah Rasulullah s.a.w.) WA SYAFI'UNA HABIBULLAH (dan pemberi syafaat kami ialah kekasih Allah s.w.t.).
Bila disebut sahaja tentang pemberi syafaat, maka nabi adalah pemberi syafaat dan yang akan membuka era pemberian syafaat di hari kebangkitan nanti
Syeikh Ahmad Jamhuri (seorang guru agung di Mekah) menceritakan tentang kelebihan Qasidah Jalaliyah iaitu berkhasiat menyembuhkan penyakit..Biznillah, Qasidah Jalaliyah ini mampu menyembuhkan penyakit
Selain itu, ianya merupakan syair cinta buat Rasulullah, yang dikarang oleh Al Allamah Kiyai Ahmad Jamhuri Jaharis Al Makki r.a.
Qasidah ini, terhimpun padanya sebuah penceritaan tentang keagungan akhlak nabawi, keistimewaan dan mukjizat sosok agung Sayyidina Wa Maulana Muhammad صلى الله عليه وسلم. Terkait juga kebaikan akhlak terhadap kedua ibu bapa yang merupakan tuntutan Baginda Rasul ke atas umatNya. Lengkap, padat dan indah.
Tahqiq penulisan dan lafaz qasidah telah dilakukan di hadapan Almarhum Kiyai Ahmad Jamhuri Jaharis Al Makki ketika kunjungan beliau ke Johor Bahru pada tahun 2013.
Justeru kami memohon pada sahabat semua, mohon doakan kesembuhan buat ayah salah seorang ahli kami iaitu saudara Syahril Ashraf yang dalam keadaan kritikal. Moga dengan asbab qasidah ini menjadi penyembuh untuk ayahnya. Aamin Aamin Aamin.
Follow Instagram Bilik Production:
/ bilik_production
Subscribe YouTube channel Bilik Production:
/ @bilikproduction
Tinggalkan komen serta feedback anda di ruangan komen di bawah. Mohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kekurangan di dalam video ini. Penggunaan headphone/earphone adalah lebih digalakkan untuk pengalaman mendengar yang lebih baik.
Lirik:
نبينا رسول الله
Nabi kami Rasulullah
وشافعنا حبيب الله
Yang mensyafa’ati kami Habibullah
ومولانا خليل الله
Yang Mencintai Kami Kholilullah
عليه صلاتنا ياالله
Atas baginda selawat kami ya Allah
رسول الله گليم الله
Rasulullah gelarannya Kalimullah
و أعلی أنبياء الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah
رسول الله صفی الله
Rasulullah pilihan Allah
إمام المتقين الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah
أتانا رحمة المهداة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah
فآمنابه ياالله
Kami beriman dengan baginda ya Allah
فوفقنا وأکرمنا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah
بحسنی والرضا ياالله
Dengan Husnul Khatimah dan ridhoMu ya Allah
إلهي عافنا جمعا
Afiatkanlah sekalian kami
من الأمراض ياألله
Dari segala penyakit ya Allah
وطهرنا من الأوزار
Sucikan kami dari dosa
بفضل منك يا الله
Dengan karunia dariMu ya Allah
إلهی اغفر مع الأبوين
Ampunilah bersama ibu bapa kami
إلهي ارحمهما يا الله
Rahmatilah mereka ya Allah
إلهي استر جميع الحال
Tutupilah segala kejelekan kami
ولا تکشف بنا ياالله
Jangan disingkapkan ya Allah
إلهي واهدنا دوما
Pimpinlah kami senantiasa
لما ترضی به يا الله
dengan yang engkau redha ya Allah
وکن عونا لنا يا رب
bantulah kami ya Allah
بدارين معا يا الله
Dunia dan akhirat ya Allah
وأنزلنا بفردوس
Tempatkan kami di Syurga
بقرب محمد يا الله
disisi nabiMu ya Allah
لننظر وجهك الباقي
moga terpandang wajahMu yang kekal
بحب المصطفی ياالله
Dengan cinta nabiMu ya Allah
علی أحمد صلاة الله
Atas Ahmad sholawatMu ya Allah
علی الهادی سلام الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah
وآل مع صحابته
Dan untuk Keluarga serta sahabatNya
دواما سرمدا يا الله
buat selamanya ya Allah