Перейти к содержимому

AS-SYDDIQ & MUKIM RENGGAM | Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2026

Assyddiq Islamic School

0:00 / 0:00

AS-SYDDIQ & MUKIM RENGGAM | Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2026

380 просмотров · 2 нед. назад
Assyddiq Islamic School
488 подписчиков
380 просмотров · 2 нед. назад
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan kepada para pelajar Sekolah Islam As-Syddiq untuk bersama-sama Kontinjen Mukim Renggam dalam menyertai sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor di Tanjung Emas, Muar, Johor. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Penghulu Mukim Renggam, Tuan Farhan, atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan kepada para pelajar Sekolah Islam As-Syddiq untuk bersama-sama dalam kontinjen ini. Semoga segala jasa dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal yang diberkati Allah SWT. Bagi kami, perbarisan bukan sekadar langkah yang seragam dan barisan yang tersusun. Di sebalik setiap langkah, ada disiplin yang dibina, kesabaran yang dilatih, keberanian yang dipupuk dan semangat kebersamaan yang disemai. Semoga pengalaman ini menjadi satu kenangan yang bermakna serta menjadi sebahagian daripada proses membentuk generasi yang berilmu, berdisiplin, berakhlak dan bersedia untuk berbakti. 31 Ogos 2026 | Muar, Johor #AsSyddiq #KontinjenMukimRenggam #HariKebangsaan2026 #HariKebangsaanPeringkatNegeriJohor2026 #Johor2026 #MajuJohor