Перейти к содержимому

DAGING GORENG BERLADA | Tips Hiris Daging Supaya Lembut

Dayang Suri

0:00 / 0:00

DAGING GORENG BERLADA | Tips Hiris Daging Supaya Lembut

35 477 просмотров · 5 л. назад
Dayang Suri
121 тыс. подписчиков
35 477 просмотров · 5 л. назад
Daging Goreng Berlada atau bercili ni memang boleh merangsang selera makan, kalau tengah berdiet memang tak sesuai sebab boleh buat kita menambah nambah nasik😂 Juadah ni selalu Dayang sediakan diwaktu bulan Ramadhan, makan waktu bersahur.. sebab pagi-pagi kan kita kurang selera makan, tapi kalau encik suami tengok lauk ni memang berselera dia makan. Selain waktu sahur, boleh jugak masak bila-bila masa je kalau teringin.. Bab rasa pulak, daging goreng yang diperap, digoreng separa garing, memang lembut, di adun dengan sambal berlada yang cukup pedas, manis, masin, cili dan bawang holand memang merangsang deria rasa dan membuat air liur nak menitik tap tap tap bila tengok padanan warna masakan ni, jadi jom la cuba ye. Bahan utama (perap&goreng) 500g daging segar lembu tempatan 1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu besar garam halus Bahan Kisar Kasar 10 tangkai cili padi 5 tangkai cili merah 2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Bahan lain, Sayur & Sos 1 inci halia 1 batang serai 3 batang kacang panjang 1/2 batang lobak merah 1/2 biji bawang holand 5 biji cili padi 1 biji cili merah 4 sudu besar sos cili 2 sudu besar kicap soya pekat 2 sudu pekat sos tiram 1) Tips potong daging supaya lembut, tengok arah urat daging, potong arah berlawanan, contoh urat daging melintang, kita kena potong memanjang, sila rujuk video jika kurang faham. 2) Perap daging dengan garam kunyit dalam 15~20minit supaya daging lebih lembut dan cepat dimasak semasa menggoreng. Tefal cookware- https://invol.co/cl56x21 Portable gas stove- https://invol.co/cl56xrn _____________________________________________ #daginggorengberlada #dagingberlada #dagingmasakberlado #menusahur #menubukapuasa 📧 : daayangsuri@gmail.com