Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal atas faktor keselamatan
KiniTV
0:00 / 0:00
Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal atas faktor keselamatan
27 880 просмотров · 6 часов назад
KiniTV
2,45 млн подписчиков
27 880 просмотров · 6 часов назад
Pertemuan Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim bersama barisan Exco dan beberapa wakil rakyat dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar di Seremban pagi ini dibatalkan atas faktor keselamatan, menurut sumber.
Majlis menghadap di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar itu dibatalkan selepas penganjur menerima nasihat daripada pihak berkuasa, sebelum Ismail bersama beberapa anggota Exco mengadakan pertemuan kira-kira sejam di sebuah hotel di Seremban.
Sekumpulan penyokong Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berkumpul di luar hotel berkenaan bagi menyatakan sokongan kepada baginda.