Перейти к содержимому

Gaji Minimum Naik, Pekerja PMKS Tercicir?

Rafizi Ramli

0:00 / 0:00

Gaji Minimum Naik, Pekerja PMKS Tercicir?

6 812 просмотров · 21 ч назад
Rafizi Ramli
126 тыс. подписчиков
6 812 просмотров · 21 ч назад
Kalau syarikat mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum, bagaimana gaji pekerjanya hendak meningkat? Memberi kelonggaran kepada majikan tidak menyelesaikan masalah pendapatan pekerja. Mereka tetap perlu membayar sewa, membeli barang dapur dan menanggung keluarga. Kos sara hidup tidak mengecualikan sesiapa hanya kerana mereka bekerja di syarikat kecil. Sebab itu, persoalannya bukan sekadar berapa kadar gaji minimum yang akan diumumkan. Persoalan lebih besar ialah bagaimana hendak mengangkat keseluruhan tangga gaji, termasuk bagi pekerja PMKS yang berisiko tercicir. Kalau gaji paling bawah dinaikkan tetapi gaji pekerja berpengalaman, berkemahiran dan graduan tidak bergerak, jurang gaji semakin mengecil. Akhirnya, pekerja akan mempersoalkan pulangan daripada menyambung pelajaran, menambah kemahiran dan memikul tanggungjawab lebih besar. Pada masa yang sama, kemampuan PMKS juga mesti diambil kira. Banyak syarikat kecil memerlukan sokongan untuk membayar gaji lebih tinggi. Di sinilah Dasar Gaji Progresif perlu memainkan peranan. Caranya ialah menyediakan sokongan kewangan sementara kepada majikan untuk menaikkan gaji, dengan kenaikan itu dikaitkan dengan latihan dan peningkatan kemahiran pekerja. Apabila kemahiran meningkat, produktiviti juga perlu meningkat supaya syarikat mampu mengekalkan gaji yang lebih baik selepas bantuan berakhir. Matlamatnya ialah menjadikan kenaikan gaji itu berkekalan. Pekerja mendapat pendapatan lebih tinggi, manakala majikan mempunyai tenaga kerja yang lebih mahir dan produktif. Namun, pendekatan ini memerlukan peruntukan dan penyertaan yang lebih luas. Sekadar mengatakan Dasar Gaji Progresif akan diteruskan belum menjawab berapa ramai pekerja lagi yang akan mendapat manfaat. Tanpa tambahan peruntukan, kesannya berisiko kekal terhad, sedangkan masalah gaji rendah jauh lebih besar. Adakah akhirnya wujud kebimbangan tentang pertimbangan politik dalam menentukan keutamaan peruntukan? Adakah sesuatu dasar akan diperluaskan berdasarkan manfaatnya kepada pekerja, atau berdasarkan siapa yang mungkin mendapat kredit? Jika pertimbangannya ialah dasar ini dikaitkan dengan Rafizi, kepentingan pekerja tidak sepatutnya menjadi mangsa. Kerajaan yang melaksanakan dan memperluaskan dasar sehingga berjaya tetap boleh dinilai atas hasilnya. Ukuran kejayaan akhirnya ialah berapa ramai pekerja, termasuk pekerja PMKS, benar-benar dapat hidup lebih baik hasil daripada dasar kerajaan.